PRODUCT KNOWLEDGE

MUQADIMAH


“Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita niscaya mereka sanggup menukarkannya meskipun dengan ketulan-ketulan emas” ( Tn. Haji Ismail bin Ahmad )
Kita telah mengetahui bahwa pengubatan terbaik bagi penyakit yang diderita manusia adalah ubat-ubatan yang berasal dari unsur-unsur ( bahan-bahan) alamiah yaitu
ubat-ubatan herba , sebab ubat-ubatan tersebut bersifat probiotik dan sesuai dengan unsur-unsur pembentuk tubuh manusia. Sementara ubat-ubatan kimia seperti yang banyak tersebar di masyarakat dewasa ini bersifat antibiotik yang mengandungi bahan-bahan kimia serta racun berbahaya bagi tubuh manusia.
Ubat-ubatan herba tidak hanya sekadar menyembuhkan penyakit tetapi juga memelihara kesihatan tubuh ( bersifat preventif ). Prinsip pengubatan herba adalah : “ Improve and maintain body immune system against external pathogen and pressure”Meningkatkan, memperbaiki dan mengekalkan sistem pertahanan tubuh dari serangan kuman luar ( eksternal ) serta tekanan lingkungan sekitar.”

R. Muchtam Sujatno ( 2000 ) mengklasifikasikan kegunaan ubat herba menjadi 4 ( empat ) kelompok, iaitu:

1. Untuk memelihara kesihatan jasmani ( promotif ).
2. Untuk mencegah penyakit ( preventif ).
3. Sebagai upaya pengubatan sendiri maupun orang lain untuk menggantikan ubat-ubatan kimia ( kuratif ).
4. Untuk pemulihan kesihatan ( rehabilitatif ).

Kelebihan herba dibanding ubat-ubatan kimia ialah tidak bersifat racun dan tidak menimbulkan efek samping ( side effect ),
justru herba dapat membantu pesakit terbebas dari keracunan ubat-ubatan kimia. Herba juga dapat meningkatkan kemampuan darah mengangkut oksigen dan zat makanan yang cukup untuk melindungi tubuh dari kerosakan organ akibat adanya komplikasi
penyakit kronik yang diderita.

Pada bahagian ini akan dijelaskan beberapa produk ubatan herba yang sangat baik bagi kesihatan tubuh dan pengubatan
terhadap penyakit yang diderita manusia. Penjelasan yang dikemukakan dalam pembahasan ini bukan sekadar berdasarkan pada penelitian medis tetapi lebih didasarkan pada pengalaman nyata ( empiris ) selama bertahun-tahun di lapangan.


8.2 SPIRULINA


Spirulina terbuat dari jenis ganggang biru hijau ( Arthospira ) yang sejak puluhan tahun lalu dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian yang dilakukan para ahli di seluruh dunia. Warna hijau yang terdapat pada tumbuhan ini menunjukkan kadar kandungan klorofil yang tinggi yang berfungsi sebagai pencuci toksid dalam badan.

Seperti telah difahami bahwa dewasa ini hampir setiap hari sebahagian besar manusia terserang keracunan dan toksid yang bersumber dari asap, debu, makanan-makanan olahan dan bahan-bahan lain yang mengandungi zat kimia.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem immuniti dalam tubuh manusia sehingga menyebabkan seseorang mudah terserang bermacam-macam penyakit. Kandungan klorofil dalam Spirulina berfungsi menghilangkan penumpukan toksid tersebut.


8.2.1 KANDUNGAN BAHAN AKTIF dan KEGUNAAN SPIRULINA

a. B-Karoten
Jika kita bicara tentang B-Karoten bererti kita membicarakan tentang karot atau wortel ( lobak merah ) dimana Spirulina mengandungi 10 kali lipat B-Karoten melebihi karot. Dalam 100gm Spirulina terdapat 23000 IU sedangkan keperluan tubuh terhadap Vitamin A ( B-Karoten ) dalam satu hari hanya sekitar 5000 IU saja.

Vitamin A yang tinggi jika diambil berlebihan dapat menjadi toksid. Hal ini berbeza dengan B-Karoten yang terdapat dalam Spirulina. Ia lebih aman sebab tubuh manusia akan menukarkan B-Karoten menjadi Vitamin A hanya apabila diperlukan saja.

B-Karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan terapiutik termasuk mengurangkan kolesterol, risiko kanser paru-paru , tekak, perut, usus, payudara dan servik.
b. Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem immuniti . Dewasa ini kandungan zat besi dalam tubuh manusia semakin berkurangan terutama pada wanita, anak-anak dan orang-orang tua.Kekurangan zat besi akan menyebabkan timbulnya penyakit anemia ( kekurangan darah ). Seorang perempuan yang mengkonsumsi kalsium secara berlebihan yang dibeli dari apotik atau kedai-kedai ubat yang tersebar di masyarakat akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi.

Spirulina mengandungi zat besi yang tinggi . Zat besi Spirulina mudah diserap oleh tubuh manusia kerana pigmen birunya yang dikenal sebagai phycocyanin.Zat besi Spirulina dua kali lipat lebih mudah diserap dibandingkan dengan zat besi yang terdapat dalam sayur-sayuran dan daging.

Pengambilan Spirulina sebagai ubat bererti mengembalikan sistem imuniti tubuh. Hal ini sesuai dengan prinsip pengubatan herba yang menyatakan bahwa timbulnya penyakit adalah akibat melemah atau berkurangnya sistem imuniti kerananya pengubatan yang dilakukan harus ditujukan untuk mengembalikan sistem imuniti itu sendiri.


c. Protein
Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penyebab timbulnya kanser. Sebaliknya protein dari tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencegah kanser terutama kanser payudara, prostat ,sakit jantung, diabetes dan simptom menopause.

Spirulina mengandungi 65% protein lebih tinggi dari semua makanan alami. Selain itu juga mengandungi vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam Spirulina sebanyak 65% sementara protein dalam kacang soya Cuma 35%.

Protein terdiri dari asam amino. Tidak semua asam amino diperlukan tubuh kerana itu asam amino yang tidak diperlukan harus dibuang melalui diet. Diperlukan nutrien yang cukup agar tubuh boleh membina asam amino. Protein dianggap lengkap jika ia mengandungi semua asam amino yang diperlukan tubuh. Spirulina merupakan ubat herba yang mengandungi protein lengkap.

Kelebihan lain yang terdapat pada protein Spirulina ialah kemampuan serapan protein tersebut. Spirulina tidak mengandungi selulosa dalam dinding selnya. Ia terdiri daripada muko puli-sakarida lembut dan mudah dicernakan iaitu 85-95%. Ia amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah pencernaan protein dan juga pada anak-anak yang kurang zat makanan.

Spirulina mengandungi hanya 5% lemak berbeza dengan kebanyakan sumber protein dan juga rendah kalorinya. Dalam 10gr Spirulina hanya terkandung 36 kalori dan hampir tidak ada kolesterol sementara sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.


8.2.2 MANFAAT lain SPIRULINA


Selain kegunaan seperti disebutkan di atas berdasarkan penelitian para ilmuwan kesihatan Spirulina diyakini juga memiliki manfaat sebagai berikut :

* Meningkatkan aktifitas anti kanser.
* Menurunkan risiko serangan kanser.
* Meningkatkan daya tahan tubuh.
* Mengurangi keracunan pada ginjal.
* Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat dalam usus.
* Mempercepatkan penyembuhan luka.
* Mengatasi masalah kekurangan zat atau mineral.
* Mengurangi penderitaan akibat radiasi.
* Mengurangi inbalance hormon.



8.3 HERBA TUJU ANGIN


Herba Tuju Angin terbuat dari pokok Teja Lawang ( Cinnamomum Inners ) yang mengandungi minyak meruap ( minyak asiri ). Herba Teja lawang satu famili dengan tumbuhan Kayu Manis, hal ini dapat dengan mudah dibuktikan dengan mematahkan kulit Kayu Manis maka akan didapatkan bahan yang sama dengan Teja Lawang, hanya saja baunya berbeza.
Herba Teja lawang terdapat da kawasan hutan Perlis dan Kedah, selain itu juga di beberapa kawasan hutan Thailand dan Indonesia . Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah batangnya yang telah berumur lebih dari 100 tahun.

Herba lainyang digunakan sebagai bahan campuran pembuat Herba Tuju Angin adalah Akar Mengkudu, Tebu Gajah dan Pokok Larak. Perpaduan dari herba – herba tersebut menghasilkan ubat mujarab yang sangat berguna bagi kesihatan tubuh serta menyembuhkan berbagai penyakit.

8.3.1 Kandungan Bahan Aktif dan Kegunaan Herba Tuju Angin

Batang Teja Lawang sebagai bahanutama pembuat Herba Tuju Angin mengandungi minyak meruap ( minyak asiri ) yang sangat berguna untuk memperbaiki sistem percernakan yang menimbulkan masalah angina dan seringkali menimbulkan rasa sakit seperti nyeri di sendi , pusing kepala , terasa malas makan serta gangguan pada pernafasan.

Batang Teja Lawang juga mengandungi unsur kardiotornik yang jika disinergikan dengan herba lain boleh berfungsi sebagai penguat jantung. Itulah sebabnya Herba Tuju Angin sangat baik diberikan pada penderita lemah jantung.

Setelah mengunakan Herba Tuju Angin biasanya akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat dalam herba tersebut. Keringat akan keluar semakin banyak jika herba ini digunakan oleh orang yang biasa merokok. Bersamaan dengan keluarnya keringat itulah Herba Tuju Angin bekerjac membuang racun ( toksid ) dalam tubuh.

Herba tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuha lika ringan pada dinding usus

Herba Tuju Angin sesuai untuk semua peringkat usia mulai dari anak – anak hingga orang dewasa bahkan bagi wanita yang sedang hamil sekalipun. Bagi anak – anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju angin dicampur dengan air hangat

Untuk mendapatkan kesan yang optima sebaiknya dalam menggunakanHerba Tuju Angin disenergi dengan herba – herba lain.
Pengambilan sebaliknya dilakukan setengah jam ( 30 min ) sebelim makan dengan dose disesuaikan dengan berat badan.

Herba ini akan memberikan reaksicukup cepat jika disbanding dengan herba jenis lain. Dalam tempoh waktu kurang lebih tujuh hari kesan ( Khasiat ) herba ini akan dapat dilihat..


8.3.2 Manafat Lain Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin juga diyakini berkhasiat untuk menyembuhkan beberapa penyakit sebagai berikut :

~ Angin Duduk, gejalanya ; cepat penat, perut terasa mual

~ Angin Darah , gejalanya : emosi, cepat marah

~ Angin Sendi, gejalanya : badan terasa sakit, lemas, kesemutan dan rasa seperti ditusuk – tusuk pada bahagian kaki dan tangan

~ Migraen, gejalanya : sakit kepala sebelah, pusing secara mendadak

~ Perut kembung

~ Rheumatik

~ Sakit pada persendian

~ Dan lain – lain.


MENGKUDU

Produk Mengkudu dibuat dari Mengkudu Hutan ( Morinda Citrifolia ). Tumbuhan ini termasuk keluarga kopi-kopian ( Rubiaceae ) yang pada mulanya berasal dari wilayah daratan Asia Tengara, kemudian menyebar sampai ke Cina,India , Filipina,Hawai,Tahiki,Afrika,Australia,Karibia dan Negara-negara lain didunia.
Mengkudu Hutan ( Morinda Citrifolia ) merupakan species lain sehingga dikenali sebagai “ Queen of The Morinda “ ( Ratu Mengkudu ). Species ini memiliki namanya yang berbeza pada masing-masing daerah.Seperti misalnya di Hawai dikenali dengan sebutan Noni, di Australia disebut Cheese Fruit sementara di Malaysia dan Indonesia dikenali dengan Mengkudu.

Pemanfaataan Mengkudu sebagai ubat telah dilakukan manusia sejak zaman dahulu. Dan dipercayai sebagai penyembuh beberapa penyakit antara lain;

 menurunkan tekanan darah tinggi.
 Bersama melatonin dan serotonin memperbaiki kualiti tidur,suhu dan peredaran darah.
 Menambah tenaga badan.
 Bertindak sebagai anti Peradangan dan anti-histamik agent ( berhubungan dengan alergi ).
 Melegakan kesakitan.
 Sebagai anti-bakteria yang dapat melindungi dari kerosakan pencernaan dan hati.
 Menghenti fungsi pra- kanser dan pertumbuhan kanser.
 Memperbaiki sistem imuniti ( rangsangan untuk menghasilkan sel T ).
 Memlambatkan proses penuaan sel ( aging ) atau membantu awet muda.
 Mencegah diabetes,stress,ginjal dan stroke.

Laporan tentang khasiat tanaman Mengkudu banyak terdapat pada tulisan-tulisan kuno yang dimuat sekitar 2000 tahun yang lalu, iaitu pada masa pemerintahan Dinasti Han di Cina. Bahkan juga dimuat dalam cerita-cerita pemayangan yang ditulis pada masa pemerintahan raja-raja di pulau Jawa ratusan tahun yang lalu.
Selain itu banyak penelitian medis yang dilakukan oleh para Doktor tentang manfaat Mengkudu. Konon tesis medis tentang Mengkudu telah dimulai sejak tahun 1950 iaitu ketika jurnal ilmiah Pasific Science melaporkan bahawa buah Mengkudu menunjukkan sifat anti bacteria terhadap M.Pyrogenes.P Aeruginosa dan bahkan E.coli yang dikesan sangat berbahaya dan mematikan.

Beberapa lembaga penelitian terkemuka di Perancis,Jerman, India, Jepun,Taiwan ,Austria, Kanada dan bahkan National Academi of Sciences sebuah pusat kajian ilmu pengetahuan nasional cukup terkenal di Amerika telah melakukan berbagai penelitian tentang Mengkudu.

Berdasarkan survey yang dilakukan Dr. Neil Solomon terhadap 8000 pengguna sari buah Mengkudu dengan melibatkan 40 orang doctor dan praktisi medis lainnya menunjukkan bahawa sari buah Mengkudu membantu pemulihan sejumlah penyakit seperti ; kanser, penyakit jantung, gangguan pencernaan, diabetes, stroke dan sejumlah penyakit lain. Lihat Jadual 1 hasil penelitian terhadap para pengguna sari buah Mengkudu.

8.4.1 Kandungan Bahan Aktif dan Kegunaan Mengkudu


A. Xeronin

Xeronin adalah salah satu zat penting yang mengatur fungsi dan bentuk protein spesifik sel-sel tubuh manusia. Menurut Dr. Raphl Heinicke seorang ahli biokimia terkenal Amerika Syarikat yang melakukan penelitian sejak tahun 1972 dalam Mengkudu terkandung xeronin dan proxeronin dalam jumlah yang besar.
Kandungan zat tersebut akan membantu badan mengembalikan paras normal sel-sel yang abnormal. Xeronin juga memberikan kesan positif pada sel sehingga menyebabkan perasaan ceria.
Xeronine bebas yang dihasilkan oleh sel, mencegah peptida penyebab inflamasi untuk menyerap protein spesifik tertentu. Ini bererti mengurangi jumlah inflamasi.

Dalam tubuh unsur utama yang terlibat dalam iosintesis xeronine ialah proxeronine. Proxeroninase ialah enzim yang diperlukan untuk biosintesis xeronitte dan serotonine. Proxeronine kerap kali kurang persediaannya. Di sinilah Dr. Heinicke percaya bagaimana biosintesis xeronine berjalan.

Organ hati juga menyimpan proxeronine. Kurang lebih setiap 2 jam, otak menghantar proxeronine ke hati. Organ-organ dalam tubuh akan menyerap proxeronine untuk membentuk xeronine yang diperlukan oleh masing-masing anggota badan. Biasanya sel mempunyai jumlah bahan biokimia lain untuk membentuk xeronine, cuma jumlah proxeronine yang tidak cukup.
Dalam kasus tertentu seperti stress, sel abnormal prakanser, emosi dan toksin dapat menyebabkan kekurangan proxeronine ini.


A.1. Hubungan antara xeronin, serotonin dan tekanan perasaan

Kekuatan mengkudu sebagai pemulih terkait dengan hubungan antara xeronine dan serotonin. Dr. Heinicke melaporkan bahwa banyak orang yang mengalami tekanan perasaan menjadi lega setelah mengkonsumsi Mengkudu. Mengkudu juga dapat menolong mereka yang menghadapi masalah kecanduan seperti arak ,cocaine, marijuana dan heroin dalam aspek psychotherapy mereka.

A.2. Macam-macam pengubatan oleh xeronine
Banyak penyakit yang dapat disembuhkan oleh xeronin antara lain ; Sinusitis, asma bronchitis dan chronic post-nasl drip Gastric and duodenal ulcer, Spirulina.

a. B-Karoten
Jika kita bicara tentang B-Karoten bererti kita membicarakan tentang karot atau wortel ( lobak merah ) dimana Spirulina mengandungi 10 kali ganda B-Karoten melebihi karot. Dalam 100 gm Spirulina terdapat 23000 IU sedangkan keperluan tubuh terhadap Vitamin A ( B-Karoten ) dalam satu hari hanya sekitar 5000 IU saja.


Tabel 1. Hasil Penelitian Terhadap Pengguna Mengkudu


Kondisi Jumlah Pesakit % Tertolong

Kanser 874 67 %
Heart disease ( sakit jantung ) 1.058 80 %
Stroke 983 58 %
Diabetes, type 1& 2 ( diabetes tipe 1 & 2 ) 2.434 83 %
Low energy ( lesu ) 7.931 91 %
Suboptimal sexually ( peningkatan daya sex ) 1.545 88 %
Building body niuscle ( penguatan otot ) 709 71 %
Obesity ( kegemukan ) 2.638 72 %
High blood pressure ( tekanan darah tinggi ) 721 87 %
Smoking ( perokok ) 447 58 %
Arthritis 673 80 %
Pain ( nyeri ) 3.785 87 %
Depression ( depresi ) 781 77 %
Allergy ( alergi ) 851 85 %
Digestive problems ( masalah pencernaan ) 1.509 72 %
Respiratory problems ( masalah pernafasan ) 2.727 78 %
Sleep problems ( sulit tidur ) 1.148 72 %
Puzzy thinking ( lemah konsentrasi ) 301 89 %
Increased, feeling of well-being, felt good
( peningkatan perasaan sihat ) 3.716 79 %
Increased alertness & mental acuitly
( kestabilan mental ) 2.538 73 %
Kidney problems ( sakit ginjal ) 2.127 66 %
Stress 3.273 71 %


* Data disarikan dari buku Liquid Island Noni ( Morinda citrifolia ) The Tropical Fruit with 101 Medical Uses
* % tertolong adalah pesakit yang mengalami peningkatan kesihatan atau merasakan adanya perubahan dalam tubuh


B. Scopoletin

Scopoletin adalah bahan phyloneclrient dalam Mengkudu yang berfungsi ‘mencairkan’ di saluran darah yang sempit. Hal ini akan meringankan kerja jantung dimana jantung tak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. Scopoletin diisolasikan dari Mengkudu pada 1993 oleh peneliti di University of Hawai, dipercayai selain ‘mencairkan’ di saluran darah ia juga bergabung dengan serotonin.

Kajian yang dilakukan pada binatang menunjukkan scopoletin ( terisolasi ) boleh menurunkan tekanan darah hingga di bawah tekanan darah normal tetapi dengan scopoletin yang bertindak secara sinergi dengan nutraseutikal lain dalam Mengkudu , ia sekadar merendahkan ke tahap tekanan darah normal dan tidak lebih rendah dari itu iaitu paras hypotensive.

Belakangan ini banyak dilakukan penelitian terhadap Mengkudu, di Amerika Syarikat seperti Stanford University, University of California, Los Angeles ( UCLA ) dan di University of Hawaii, Union College of London, England dan University of Meets, France. Para peneliti setuju bahwa Mengkudu mampu memainkan peranan dalam merendahkan tekanan darah tinggi.

Seorang doctor di New York, Scott Gerson, MD, yang telah menjalankan kajian klinikal atas pengawasan placebo, menunjukkan penurunan rata-rata 7,5 % (systolic / peng atas ) dan 4 % bagi diastolic / di bawah ( pesakit lelaki ). Dr. Monica Harrison, pengamal perubatan dari Maryland juga melaporkan penurunan tekanan darah dari seorang wanita dari 170/ 100 menjadi 130/ 80 ketika mengkonsumsi Mengkudu.


C. Siklus ‘Mood’ dan Tenaga Badan

Menurut Dr. Harrison Mengkudu dapat meningkatkan aktiviti phytonutrient yang terletak pada bahagian dalam otak. Kelenjar ini merupakan bahagian yang menghasilkan serotonim yang kemudian digunakan untuk menghasilkan hormon melatonin. Serotonin dan Melatonin dapat membantu mengatur tidur, suhu, mood, dan siklus haid. Dr. Ralph Heinicke, peneliti sistem xeronine yang diakui dunia ( telah melakukan penelitian selama 40 tahun ), meyakini bahwa cairan Mengkudu dapat membantu badan memulihkan diri sendiri dengan membekalkan sejumlah proxeronine, yang dapat menghasilkan alkaloid, xeronine.


Tabel. 2 Kandungan Nutraseutikal Mengkudu


Xeronine Terpenes Enzymes Valine
Proxeronine Plantsterols Multyreceptor activators
Histadine
Proxeronase Sitosterol Methionine Scopoletin
Serotonin Alizarin Isoleucine Morindadiol
Damnachantai Ursolic acid Leucine Rubiadin
Nordamnachantal Caprolic acid Lysine
Magnesium
Anthraquinones Glucopyranone PA Phenyalanine Carbonate
Caratenoids Serotonin precursors Threonine Protein
Morindine Trace element Tryptohane Sodium
BioFlavonoids Chlororubin Serine Cystine
Morindone Alanine Caprlyic acid Glycine
Soranjidiol Arginine Asperuloside Glutamate
Rubiadin MME Aspartate Vitamins Tyrosine
Acetin Glucop Cysteine Alkoloid Proline





8.5 HABBA SAUDA


Habba Sauda atau Habbatul Barakah ( Nigella Sativa L. ) merupakan herba yang sangat besar manfaatnya bagi dunia kesihatan. Bahkan merupakan jenis herba yang direkomendasikan langsung oleh Rasulullah saw sebagai ubat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits, Rasulullah saw bersabda :
“Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda kerana sesungguhnya padanya terdapat penyembuhan bagi segala penyakit kecuali mati.” ( H.R. Abi
Salamah dari Abi Hurairah r.a ).

Dalam hadits yang lain diriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “Tidak ada satupun penyakit kecuali bila diubati dengan Habba Sauda ia akan
sembuh kecuali mati.” ( H.R At-Tirmidzi ).

Pernyataan Rasulullah saw tersebut telah terbukti kebenarannya baik secara empiris ( pengalaman nyata di lapangan ) maupun secara medis melalui berbagai uji klinis. Di negara-negara Timur Tengah, Habbatus sauda telah digunakan sebagai ubat selama lebih dari 2000 tahun. Biji Habba Sauda dipakai dan direkomen-dasikan oleh banyak orang sebagai penyembuh berbagai penyakit seperti carminatif , gangguan pencernaan, diuretic, batuk berdahak dan lain-lain. Berdasarkan penelitian medis ditemukan bahwa ternyata dalam eksak biji Nigella savita ( Habbatus Sauda ) mengandungi efek in vitro terhadap bakteria dan
jamur. ( Hanfy ( 1991 ), j. Ethnopharmacology, 34 ( 2-3 ), 275-278 ). Sejak tahun 1959, telah lebih dari 200 student dari universiti internasional dan artikel
yang dipublikasikan dalam bermacam jurnal ilmiah yang membuktikan kebenaran khasiat Habbatus sauda.


8.5.1 Diskripsi Habba Sauda

Habba Sauda ( Nigella sativa. L ) termasuk keluarga buttercup ( Ranunculaceae ). Herba ini memiliki nama yang berbeza-beza antara lain ; jinten hitam
( Indonesia, Malaysia ), Kolonji ( Afrika ), Black cumin , Black seed ( Amerika ), Habbatul Baraka ( Mesir ), Faux cumin, Cheveux de Venus ( Perancis ),
Kalonji ( Urdu ), Habba Sauda atau Habatul Barakah ( Jazirah Arab ), dll.
Herba ini berbentuk kecil dan berserabut. Biji-bijinya kecil dan pendek ( panjangnya 1-2 mm ), hitam,berbentuk trigonal dan tampak sepertibatu api dibawah mikroskop. Memiliki rasa yang kuat dan pedas seperti lada. Terdapat dua macam Habbatul Sauda iaitu yang berwarna ungu kebiru-biruan dan berwarna putih.
Pusat pertumbuhan bunga terdapat pada cabang di semua tangkainya saat daunnya tumbuh saling berseberangan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah
Bentuknya kecil dan pendek sedangkan daun di bahagian atas lebih panjang iaitu sekitar 6 - 10 cm . Batang bunga tanaman ini boleh mencapai 12 – 18 inci hingga ke bahagian buahnya.
Habba Sauda berasal dari daerah perbatasan laut Meditreranian dan anak benua India, namun kemudian dikembangkan di bahagian belahan dunia. Awalnya ditemukan di perkuburan Tuthankhamen ( Mesir ). Hal ini memperlihatkan bahawa Habbatus Sauda telah digunakan ribuan tahun lalu oleh para raja Mesir kuno, walaupun tidak diketahui secara pasti kegunaannya.

8.5.2 Kandungan Nutrien

Habbatus Sauda kaya akan kandungan nutrisi.
Adapun kandungan nutrisi tersebut antara lain :

1. Saponin
Berupa triterpenoid glikosida, monosakarida ( molekul gula tunggal ), yang berbentuk glukosa, ramnosa, silosa dan arabinosa.
2. Komponen non starch polysaccharide
Bahan aktif ini merupakan sumber yang berguna untuk serat diet.
3. Asam lemak
Terutama asam lemak tak tepu ( linoleat dan oleat ).
Meliputi Misristik, palmato-oleat, asam behenat, asam stearat ( 52% ), asam arakidonat ( 26,95 % ), omega 3 dan omega 6.
4. Asam Amino
Ada 15 jenis asam amino yang membentuk Habbatus sauda , termasuk di dalamnya 9 asam amino essential.
5. Arginin
Arginin merupakan bahan aktif yang penting untuk masa pertumbuhan balita.
6. Karotin
Karotin akan diubah oleh hati menjadi vitamin A.
7. Mineral
Mineral yang terkandung dalam Habbatus sauda meliputi kalsium, zat besi, sodium, potassium, yang seluruh akan berfungsi sebagai cofactor fungsi enzim.
8. Minyak volatile
Minyak volatile, seperti timokuinnon,nigelon ( ditimokuinon ) dan timohidrokuinon.
9. Alkaloid
Antara lain seperti nigelisin.
10. Dan lain-lain.



8.5.3 Khasiat dan Beberapa penelitian tentang Habbatus sauda

Seperti telah dijelaskan diatas bahawa Habbatus sauda memiliki banyak kegunaan. Sebagaimana dinyatakan dalam hadits Rasulullah saw, herba ini merupakan ubat dari segala macam penyakit selain mati.
Rasulullah saw bersabda :
“ Tidak ada satupun penyakit kecuali bila diubati dengan Habnbatus sauda ia akan sembuh kecuali mati. “
( H.R At – Tirmidzi ).

Berikut ini beberapa kegunaan Habbatus sauda berdasarkan penelitian ( ujian klinikal ) para doctor :

1. Memperkuatkan system imuniti tubuh
Pada tahun 1986, Dr. Al Kadi dan Kandil dari Pakistan, memimpin kajian tentang penggunaan Habbatus sauda kaitannya dengan peningkatan imuniti.
Sebelum dan sesudahnya, para objek penelitian dihitung jumlah limfositnya iaitu sel T. Percubaan ini berlangsung selama 4 bulan. Terlihat bahawa terjadi peningkatan aktiviti produksi sel T iaitu sebanyak 72%.

Pada tahun 1993, Dr Basil Ali dan rakannya dari College of Medicine, King Faisal University menguatkan penelitian yang dilakukan oleh Dr Basil dan
Kawannya. 4 tahun berikutnya yakni tahun 1997, Dr Haq di Department Biologi dan Pusat Penelitian Medicine di Riyadh, Arab Saudi menunjukkan bahawa Habbatus sauda meningkatkan ratio antara sel T positif dan negative menjadi 50% - 30%.
2. Aktiviti anti histamine

Pada tahun 1960, Dr Badruddin dan Mahfudz menentukan bahawa dimmer ditimokuinon Habbatus sauda diisolasi dari minyak volatile dengan nama nigelon
Dan kemudian dapat dipakai untuk mengubati beberapa pesakit yang mengalami bronchitis.

Pada tahun 1993, Nirmal Chakravarty, MD memimpin sebuah kajian untuk mengetahui bahawa kristalin nigelon memiliki protein kinase C, yang akan memicu pelepasan histamine. Hal ini diawali dengan pelepasan kalsium pada sel penyangga.

Dr. Ath Thahir menyatakan bahawa Habbatus sauda memberikan peningkatan tekanan intrakeal yang tak mempunyai kesan sampingan kepada pernafasan. Hal ini akan melepaskan histamine dari sel penyangganya.

3. Anti Tumor
Pada tahun 1991, Pusat Riset Amala di Amala Nagar, India, memanfaatkan Habbassauda sebagai ubat kanser. Penelitian dilakukan dengan menggunakan
tikus swiss albino yang mempunyai sel kanser jenis Erlich Ascites Carcinoma (EAC), Dalton Limphoma Ascites (DLA). Tikus yang mendapatkan Habbas-
sauda mengalami penurunan sel kanser sebanyak 50 % dari pada yang tidak menggunakannya.

Cancer Imunobiology Laboratory, South Carolina, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa Habbassauda menstimulasi sumsum di tulang dan sel imunitas
serta produksi interferon, melindungi sel normal melawan virus perosak sel, melawan sel tumor dan meningkatkan jumlah antibody yang diproduksi oleh
sel B.

4. Anti mikroba
Pada tahun 1956, ditemukan bahawa Habbatus sauda menghambat pertumbuhan E.coli pada extrak alcohol. Stafilokokkus aureus tidak menjadi aktif
ketika diberikan Habbassauda yang menggunakan ekstrak air. Ekstrak minyak digunakan untuk melawan M.pyrogenes, B.subtilis, D.pneumonia dan
S.pyrogen.

Pada tahun 1968, sebuah penelitian menumukan bahawa Ekstrak etanol (50%) Habbatus sauda memperlihatkan aktivitas antiprotozoa, melawan
E.histolytica. Minyak esensial Habbassauda memperlihatkan efek yang positif untuk anti helmentik melawan cacing pita dan cacing tanah ketika
dibandingkan dengan penggunaan piperazine phosphate .

Pada tahun 1975, pendinginan minyak volatile Habbassauda menghasilkan substansi kristalin yang akan dapat dipakai untuk melawan bakteri gram positif,
yang diwakili S.aureus. Pada tahun 1979, Minyak esensial Habbassauda ampuh untuk melawan C.albican, A.niger, M.gypseum, dan Trichoderma vride.

5 Anti Radang
Pada tahun 1960, Porf Ad Dakhakny, melaporkan bahawa Habbassauda mempunyai kemampuan untuk meredakan radang dan berguna untuk radang
sendi. Pada tahun 1995, Pharmacology Research Laboratory, Department of Pharmacy King College, London, menemukan bahawa minyak Habbassauda
dan derivatnya (timokuinon) dapat berfungsi sebagai ubat radang. Selain itu pula Habbassauda juga memiliki aktivas antioksidan dan menghambat
pertumbuhan eikosanoid.

Pada tahun 1996, Akhtar et al., menyatakan bahawa minyak Habbassauda memberikan pengurangan peradangan. Ekstrak Habbassauda juga menurunkan
volume cairan lambung . Pada tahun 1997 studi di Microbiological Unit of The Research Center, College of Pharmacy, King Landmirste, Riyadh, Sauda
Arabia, menemukan bahawa salep habasauda efektif untuk menekan radang dan tidak menimbulkan alergi.

Selain penemuan-penemuan tersebut di atas Dr. Hj. Jamnul Azhar bin Hj. Mulkan (M.B.B.Ch. Universiti Al Azhar Mesir) mengemukakan bahawa
sekurang-kurangnya terdapat 60 (enam puluh) kegunaan Habbatus sauda bagi kesihatan atau pengubatan penyakit. Di antara kegunaan tersebut antara lain
adalah ; sebagai anorexia nervosa, mempercepatkan penyembuhan luka, pelembut kulit, antibiotik, antiseptik, memperbanyakkan susu, menghindari
terjadinya osteoporosis (keropos tulang) , mengubati selsema, mengubati penyakit kering mulut, mengubati ulser perut, mengubati ulser duonenum,hepatitis,
mengubati Pharyngitis, Oesophagitis, Tracheitis, diphteria , jangkitan parasit, influenza, anemia, rheumatic, penyakit saraf, penyakit kulit, gout
(buah pinggang), ubat awet muda, memperkuatkan sistem reproduksi wanita, menguatkan sistem pernafasan, mengubati penyakit epilepsy (ayan) mengubati
penyakit libido dan lain-lain.


8.6 MADU

Madu merupakan salah satu ubat di antara dua ubat (penyembuh) yang disebutkan Rasulullah saw dalam haditsnya ;
“Gunakanlah dua penyembuh ; Madu dan Al Qur’an” ( HR. Ibnu Majah dan Al Hakim ).

Dalam hadits yang lain Rasulullah saw bersabda : “Pengubatan itu ada tiga macam : minum madu, berbekam dan kay dengan besi panas, tetapi aku
melarang umatku berubat dengan kay.” (H.R Bukhari)

Begitu pula Allah SWT dalam Al Qur’anul Karim surat ke enam belas An-Nahl ayat 69 juga menyatakan ; yang bermaksud “…Dari perut lebah
itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl : 69 ).

Madu mempunyai rasa yang lazat, bau yang menyegarkan serta memiliki nilai pengubatan yang tinggi. Madu boleh memperpanjang umur (membuat awet
muda pen), berbeza dengan penggunaan gula biasa atau makanan harian lainnya.
Pada masa sekarang telah banyak dilakukan penelitian di berbagai belahan dunia yang menyatakan bahwa madu merupakan ubat yang ajaib, dapat
menyembuhkan orang dari berbagai penyakit. Dr. Abdul Aziz Ismail, menyatakan bahwa madu adalah suatu senjata doktor yang dapat digunakan untuk
melawan penyakit. Orang menggunakan madu setelah ilmu pengetahuan berkembang dan meningkat. Madu merupakan makanan bergizi yang menimbulkan
kekuatan dan membunuh racun yang datang dari luar dan dalam tubuh.

Pada tahun 1954, Dr. Julia Carison melakukan percubaan dengan babi hutan. Madu dapat menyembuhkan babi hutan yang mengalami sakit di –
pergelangan dan persendian tulang. Pada tahun 1956, di sebuah rumah sakit di Inggeris, Nur Folk, madu lebah digunakan untuk menutupi luka dan menghilang-
kan bekas-bekas luka tersebut. Madu dapat berfungsi merangsang pembentukan jaringan baru.

Dr. W.G Sackett, seorang ahli bakteri dari akademi Pertanian Colorado. AS menemukan bahwa madu dapat menghambat serta membunuh bakteri
penyakit. Kuman penyebab tifoid mati dalam 48 jam. Basil serupa iaitu typhosus A dan B mati dalam 24 jam. Sejenis mikroba organisme di dalam tinja
dan air mati dalam 5 jam. Bakteri penyebab bronkho pneumonia mati pada hari ke-4, bersamaan dengan matinya bakteri penyebab peritonitis, pleuritis dan
pembengkakan supuratif. Percubaan ini diuji kembali oleh Dr. A.P.Sturtevant, bacteriologist pada Biro Entomology, Washington, DC.


8.6.1 Kandungan madu
A. Mengandungi banyak vitamin.

Serbuk sari kebanyakan bunga mengandungi kadar vitamin C yang cukup tinggi daripada jenis sayuran dan buah-buahan. Madu mengandungi serbuk
sari, oleh kerana itu ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Madu merupakan media yang baik bagi banyak vitamin. Hal ini tidak sama dengan buah atau
sayuran. Contohnya bayam, yang akan kehilangan 50 % kadar vitamin C dalam waktu 24 jam setelah dipetik.

Menurut DR. Hj. Jamnul Azhar seorang pengajar Universiti Al-Azhar Mesir, madu mengandungi ;vitamin B1 yang boleh mencegah penyakit beri-beri ;
vitamin B2 yang boleh mencegah penyakit Scuri ; vitamin B3 yang bertindak sebagai antiseptik dan mencegah penyakit ketuaan yang datang sebelum masanya ;
vitamin B6 yang sangat penting bagi pencernaan makanan dan mencegah anemia serta vitamin A yang boleh berfungsi mencegah penyakit rabun malam.

B. Memiliki enzim pencernaan.

Invertase dan amylase merupakan enzim yang terdapat di dalam madu. Kedua enzim tersebut berfungsi melakukan proses pencernaan. Hal ini berbeza
dengan gula tebu dan pemanis lain yang memerlukan inverse dalam saluran pencernaan melalui sejenis enzim agar boleh diubah menjadi gula sederhana. Madu
dapat dengan mudah dicerna kerana dua enzim yang terdapat di dalamnya, serta telah dicerna oleh kelenjar liurnya, mengubah gula dalam sari bunga menjadi
gula sederhana ; levulosa dan dextrosa.

B. Mengandungi mineral.
Zat besi,tembaga,potassium,silicon,klor,kalsium,fosfor,magnesium dan aluminium merupakan mineral yang ada didalam madu lebah. Seluruhnya diambil dari tanah dimana bunga tersebut tumbuh. Oleh kerana itu kadar mineral dari setiap madu berlainan tergantung dari tanah tanaman tersebut.Berikut ini jadual kandungan mineral yang terdapat dalam madu serta perbezaan dengan kadar mineral yang terkandung dalam darah manusia :